Petua-Petua Orang Tua

Selasa, 2 Mac 2010

1. Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

2. Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

3. Mengatasi Sengal Tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.


4 Merawat Kulit Berkedut:

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

5. Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

6. Legakan Sakit Gigi:

Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

7. Segarkan Mata:

Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

8. Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:

Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

9. Kulit Limau Hilangkan Bau Badan:

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

10. Mengurangkan Dengkur:

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

11. Cara Menghilangkan Ketuat:

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

12. Menaikkan Seri Muka:

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

13. Mengelakkan Nafas Berbau:

sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.

14. Limau Nipis Mewangikan Rambut:

Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

15. Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur:

Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi.

16. Mengelak Keguguran Rambut:

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit kepala
seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

17. Ubati Bibir Yang Pecah:

Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

18. Menghilangkan Kembong Perut.

Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut.

19. Atasi Tumit Pecah:

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit
kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

20. Ubat Sakit Angin:

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah.
badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.

21. Menghaluskan Kulit Muka:

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

22. Melembutkan Tapak Kaki:

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

23. Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh:

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

24. Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

25. Mencantikan Telur Rebus:

Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.

26. Menghalau Semut:

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

27. Mengelakkan Lipas:

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

28. Mengelakkan Sawang Atau Sarang Laba-Laba:

Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan
penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

29. Hilangkan Lebam Di bawah Mata:

Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa
kali.

30. Menghilangkan Bau Mulut:

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.

31. Merawat Sakit Lecur:

Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

32. Meredakan Batuk:

Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di
dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

33. Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin:

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam.

34. Mencantikan Kulit Janin:

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir
nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

35. Mengembalikan Kesegaran Kepala:

Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.

36. Menghaluskan Kulit Muka:

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga
ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.

37. Mencabut Kutu Babi:

Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Khasiat Bawang

1. Pening Kepala:

Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot:

Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. Demam Selsema:

Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. Susah Hadam:

Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

5. Serangan Angin:

Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing:

Amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

GIGI PUTIH

Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.

HALUSKAN SIKU & LUTUT

( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek )

Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini.

Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!!

LEMBUTKAN RAMBUT

" Alamak, rambut aku macam hantu MAK LAMPIR ni... nak pergi dating pulak tu... macamana ni ?" ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.... JANGAN RISAU.

Saya ada SATU rahsia yang ingin saya kongsikan bersama.

Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya.

MEWANGIKAN RAMBUT

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

KILATKAN CERMIN MATA

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

JEMPUT-JEMPUT MENJADI LEMBUT

Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

ELAKKAN KELEMUMUR

Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

MENCUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan
barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

SEGARKAN TAUGEH

Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan
perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi
pastikan anda menukar airnya setiap hari.

LIMAU NIPIS CANTIKKAN BADAN

Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

MENGHILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG

Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang

HILANGKAN BAU KAKI

Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

HAPUSKAN KESAN KARAT PADA PAKAIAN

Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian dan biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA.

10 ulasan:

Billet-DOux berkata...

wah banyaknya petua.
terima kasih tips ini.
menarik! huhu..

banyak juga ah kegunaan limau nipis ne.. huhu..

etuza berkata...

salam, saya memang suka membaca hal tentang petua, bagus sebagai ilmu pengetahuan...penting juga nak tahu ni...

zureen @ mama berkata...

Banyak petua-petua yg bagus ni..

mimi berkata...

wow...banyaknya petua......moga dapat membantu bagi yang terlupa cam saya...thanks infonya

Tanpa Nama berkata...

Wow,banyaknya petua...
tapi...betul ke berkesan?
petua nak hilangkan parut tak de ke?

Tanpa Nama berkata...

banyakknyee...
ley caye ke??
musykill3

causewaydaily berkata...

bagus2 ni

chomby berkata...

saya cuba letk kunit kt hidung ank,,tp tk berkesan pun,,npe ye

Oh Rojak berkata...

mohon kongsi petua ni yer

Norazlina Idris berkata...

Terbaik!!!!

Catat Ulasan