Ular Sawa Berupaya Menelan Manusia

Isnin, 15 Mac 2010


PASIR PUTEH - Ular sawa batik atau nama saintifiknya, Python Reticulatus sepanjang enam meter sudah cukup untuk membolehkan reptilia ini menelan manusia dewasa. Pengkaji haiwan, Zainuddin Ahmad, 53, berkata, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa. Katanya, walaupun tidak mempunyai bisa, kemampuan mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam menyebabkan manusia sentiasa berisiko ditelan ular berkenaan.
“Kita sering kali mendengar berita mengenai ular memakan haiwan ternakan seperti kambing, ayam, itik dan anak lembu di daerah ini. Namun harus diingat bahawa ular sama juga mampu menelan manusia. “Ular sawa yang boleh mencapai 10 meter panjang dan merupakan ular terpanjang di dunia ini boleh makan dua kali setahun sahaja, namun ia bergantung kepada saiz mangsa yang dimakannya,” katanya. Merujuk kepada berita ular sawa menelan tiga kambing penternak seliaan Lembaga Tembakau Negara di Jeram Pasu dua tahun lalu katanya, diet itu sudah cukup untuk ular itu bertahan dari makan setengah tahun.


Menurutnya, kelebihan ular sawa batik cukup menakutkan seperti otot yang terlalu kuat dan memiliki 300 gigi daripada enam baris yang melengkung ke dalam serta ligamen istimewa yang menyambungkan rahang atas dan bawah yang membolehkannya menelan mangsa tiga kali ganda saiz kepalanya. “Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari,” katanya sambil me-minta orang ramai menghubungi pasukan penyelamat sekiranya diancam reptilia berbahaya itu.  - Ular sawa batik atau nama saintifiknya, Python Reticulatus sepanjang enam meter sudah cukup untuk membolehkan reptilia ini menelan manusia dewasa.

Pengkaji haiwan, Zainuddin Ahmad, 53, berkata, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa. Katanya, walaupun tidak mempunyai bisa, kemampuan mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam menyebabkan manusia sentiasa berisiko ditelan ular berkenaan. “Kita sering kali mendengar berita mengenai ular memakan haiwan ternakan seperti kambing, ayam, itik dan anak lembu di daerah ini. Namun harus diingat bahawa ular sama juga mampu menelan manusia.

“Ular sawa yang boleh mencapai 10 meter panjang dan merupakan ular terpanjang di dunia ini boleh makan dua kali setahun sahaja, namun ia bergantung kepada saiz mangsa yang dimakannya,” katanya. Merujuk kepada berita ular sawa menelan tiga kambing penternak seliaan Lembaga Tembakau Negara di Jeram Pasu dua tahun lalu katanya, diet itu sudah cukup untuk ular itu bertahan dari makan setengah tahun. Menurutnya, kelebihan ular sawa batik cukup menakutkan seperti otot yang terlalu kuat dan memiliki 300 gigi daripada enam baris yang melengkung ke dalam serta ligamen istimewa yang menyambungkan rahang atas dan bawah yang membolehkannya menelan mangsa tiga kali ganda saiz kepalanya.

“Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari,” katanya sambil me-minta orang ramai menghubungi pasukan penyelamat sekiranya diancam reptilia berbahaya itu."-Sinar Harian-"

10 ulasan:

Unknown berkata...

Salam iskandar.

Besarnya ular tu...panjang berkilat..rasa gerun pula ...di kampung saya masa dulu ada ular sawa telan anjing mentah2. Karang dah tiada..Tahniah info menarik

Unknown berkata...

err, takkan tak kan tak ada jabatan yang berkuasa dlm hal mcmni pergi tangkap binatang ni? tak kan dibiar gitu je? bahaya ni!

Tanpa Nama berkata...

Mmg la ia makan mentah2...tak pernah ia masak pun...

Tanpa Nama berkata...

mmg bahaya tapi tapi kita kena ingt ular ni hanya ada di kwsn hutan lagi pun ular sawa batik binatang yg 'rare'kita x boleh tngkap dan bunuh sebab fikirkan ia bahaya..jbatan perhilitan bukan xbuat kerja ada laporan mereka jlnkan tugas.. kalau merujuk gmbar diatas mungkin mereka buat xtahu tolak ke tepi saja ular 2 kerana mmg habitat ular 2 tinggal di hutan.. yg salah manusia juga mengacau habitat mereka..

Tanpa Nama berkata...

umah aku ni area kmpung n kwsan paya,so ada bela kucing n tau2 ilang sekor demi sekor last2 pagi bulan pose thn lepas tjmpe la sekor besar peha tgh ggt kucing aku n fhm2 udah pe jd kucing 2 slmat la tapi luka2 la,ular 2 mkn kayu n parang tpi mmg liat gle nk mati...so pg smlm ada tnmpk benda dlm semak tpi umh tgh ggt kucing aku bwk msk semak nk mkn kot aku xnpk sgt coz gelap npk kucing je sbb koler dia putih tkjut punya psl aku benda 2 tingal je bangkai kucing 2 tpi aku agak ular sawa la coz tgk kucing 2 mulut bdrah n bdn pun cam pth2 je xsmpt nk buat pe2 semak n gelap gile,,tkot ular 2 dtg balik ada tip cam ne nk kesan ular 2 x sarang dia mcm ne agak2 area cam ne dia buat sarang mmg nk ksi potong ular 2 coz xkn nk biar je kang aku lak kene telan kn. spe2 ada idea plz bantu aku.FB aku kanoperona ni email kanoperona2yahoo.com i need to catch that snake xleh tido mlm ni memikir.....

Tanpa Nama berkata...

kalau ular camtu makan kucing aku bunuh terus je...aku sayang kucing benci ular

Unknown berkata...

Tgok filem ular perghh mmg srius aku goyang dowhh ptt ular cm tu ksih pupuskan aje

Tanpa Nama berkata...

aku ada bela ular tp jns ballpython , mng x bhya pn . tp adek aku bela retic ni ad 2ekor .. sekor da setahun lbh , sekor ag br bp bln je . aku na pgg pn takut sb ular cmni mng x cukup mkn

Tanpa Nama berkata...

Pernah nampak bangkai ular sawa yg putus 10 kena gilir keretapi tak jauh dari Gua Musang 2 tahun lalu...itu makan dia!!

Unknown berkata...

Ular sawa batik bukan shja berada dlm hutan, tengah hari ni mase aku kuar mencari kucing aku yg hilang, tetiba ternampak ular yg melingkar dlm lubang rumah TNB, on the spot aku call bimba, 20 minit kemudian bomba dtg, lm jgk proses menangkap ular tu, ular tu dah tersangkut dlm lubang longkang di sebabkan perut dia yg dh buncit berkemungkinan dah telan kucing alu ataupun haiwan lain, kucing aku dh hilang 3 hari lepas, semalam ternampak kucing aku lepak kt kawasan ular tu melingkar, krn dlm ketakutan kucing aku menyorok balik. So utk korg xkire kt mane pun jgn buat main2 ular ni blh berada kt manepun jugak, termasuk kebun atau taman sekitar umah.

Catat Ulasan