Ular Sawa Berupaya Menelan Manusia

Isnin, 15 Mac 2010


PASIR PUTEH - Ular sawa batik atau nama saintifiknya, Python Reticulatus sepanjang enam meter sudah cukup untuk membolehkan reptilia ini menelan manusia dewasa. Pengkaji haiwan, Zainuddin Ahmad, 53, berkata, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa. Katanya, walaupun tidak mempunyai bisa, kemampuan mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam menyebabkan manusia sentiasa berisiko ditelan ular berkenaan.
“Kita sering kali mendengar berita mengenai ular memakan haiwan ternakan seperti kambing, ayam, itik dan anak lembu di daerah ini. Namun harus diingat bahawa ular sama juga mampu menelan manusia. “Ular sawa yang boleh mencapai 10 meter panjang dan merupakan ular terpanjang di dunia ini boleh makan dua kali setahun sahaja, namun ia bergantung kepada saiz mangsa yang dimakannya,” katanya. Merujuk kepada berita ular sawa menelan tiga kambing penternak seliaan Lembaga Tembakau Negara di Jeram Pasu dua tahun lalu katanya, diet itu sudah cukup untuk ular itu bertahan dari makan setengah tahun.
Read more...

Petua-Petua Orang Tua

Selasa, 2 Mac 2010

1. Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

2. Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

3. Mengatasi Sengal Tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.
Read more...

Bagaimana Elak Suami atau Isteri Curang ?

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan. Read more...

****Rahsia Tapak Tangan****

Isnin, 1 Mac 2010

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung. Read more...

Tips-tips yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya..

Isnin, 22 Februari 2010


Tatacara makan & minum

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Read more...

Petua Mencuci Hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -

Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur -

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
Read more...

Stong Waterfall

Selasa, 16 Februari 2010

 


Gunung Stong (1390m), Gunung Baha (1395m) and Gunung Ayam (1480m) are situated in the Jelawang Jungle, near the village of Dabong in the state of Kelantan, Malaysia. The Stong waterfall, at a height of 305m, is claimed to be the tallest in South East Asia (which I doubt so - 300m is not very tall for a waterfall, and I've seen taller one at Kinabalu.)

There are many limestone caves near the vicinity of Dabong village, among the popular ones are Gua Gelap ("Dark Cave"), Gua Kris ("Kris Cave", Kris is a Malay sword), Gua Pagar ("Fence Cave") and Gua Ikan ("Fish Cave"). Sadly, Gua Ikan had been badly vandalized by graffiti, leaving only the other three worth exploring. Arrange with your guide if you wish to go for cave exploration.
Read more...